Thursday, May 9, 2013

癸巳三月二十八。Terima Kasih kerana bersuara untuk kita,Malaysia!

《癸巳年。丙辰月。癸酉日》
7-5-2013 Tuesday

Terima kasih kepada PM baru kita yang menyalahgunakan surat akbar untuk bangkit soal perkauman.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bangsa Melayu keluar suara dengan sukarela untuk meperbaiki nama kaum cina yang kononnya dilabel racist oleh PM baru kita ini.

Di bawa I share beberapa post yang bermakna

nice post


Kempen pilihan raya sudah tamat. Mari baca kempen saya tentang kempen mengurangkan perkauman dan basmi kebodohan. Yang malas jangan baca. Yang bodoh, jangan baca. Yang rasa diri rasis, jangan baca. Yang boleh berlapang dada, sila baca.

Semalam, berlaku kemalangan berhampiran kediaman saya. Saya terdengar. Bergegas. Lihat keadaan mangsa. Saya tolong, keadaan tidaklah parah lantas saya hubungi ambulans. Ada orang lain yang membantu. Ada yang sekadar menyibuk. Kemudian ada yang katakan begini,

"Biarlah, Cina sama Cina kemalangan. Biar matilah"

Tadi, sedang solat. Terdengar perbualan mak abah tentang pasca pilihan raya.

"Habislah. 5 tahun lagi Cina memerintah" kata abah.
"Itulah, Melayu kena bersatu" sahut mak.
Getar lutut masa solat.

Perkara ini kalian orang Melayu biasa dengar, dan selalu buat-buat pekak. Buat tak peduli. Saya? Berkenaan hal kemalangan itu. Saya katakan kepada yang berkenaan.
"Jangan begitu, ini bukan soal Cina dengan Cina. Kau jangan sombong. Bayangkan suatu masa nanti kau kemalangan di kawasan kediaman masyarakat Cina. Kau kemalangan dengan orang Melayu, bayangkan kau hampir mati. Tapi tiada yang tolong kerana Cina akan akan kata, biarlah. Melayu sama Melayu biar mati. Kau mahu itu?" emosi juga saya masa itu. Orang itu terus hidupkan motor dan pergi.

Perkara berkaitan mak abah saya, saya katakan kepada mereka. Keputusan pilihan raya semalam bukan tentang perkauman. Jangan percayakan televisyen. Emosi saya tadi menerangkan kepada mak abah. Bukan emosi sebab saya marahkan mak abah. Tapi emosi saya marahkan bangsat-bangsat yang meniup hal perkauman di televisyen. Saya mewarasi abah dengan nada marah. Bukan marah abah. Tapi pedih marah pada si bodoh yang terus perdaya orang lain untuk jadi bodoh bersamanya.

Kalian terbiasa dengar situasi di atas bukan? Tindakan kalian? Biarkan? Terpulang. Kalau mahu tuai kebencian, tanamlah prasangka. Kalau mahu tuai kedamaian, tanamlah baik sangka. Saya? Takkan pernah lelah menentang perkauman sempit.

Macam saya katakan tempoh hari. Kita semua menderita tiga penyakit yang berkaitan. Bezanya sama ada kita boleh diselamatkan atau tidak. Ubatnya ada. Jangan jadi bodoh. Guna akal. Tak mahu guna, boleh akui diri bodoh.. Saya akui, saya ada sikap rasis ini, semua ada. Tolong akui. Tak kira bangsa, kita menderita sakit bodoh yang berbahaya ini.

Saya tidak akan berprasangka dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina. Saya menyenangi mereka yang baik. Saya hormati mereka. Saya sayangi mereka. Saya takkan pernah rasa rugi berbuat baik dengan sesiapa. Walaupun saya bukan orang baik. Hari ini hari kita, esok belum tentu. Hari ini kita senang, esok belum tentu. Kalau kalian rasa rugi, nasihat saya boleh pergi masuk hutan dan berkawan dengan manusia perkauman yang lain.

Rakan-rakan yang senyap-senyap hantar mesej peribadi kepada saya semalam dan tuduh saya ejen Cina, terima kasih. Saya guru, tugas kecil saya cuma agen perpaduan. Kalau terbaca ini dan masih lagi anggap saya begitu. Silalah buang saya jadi rakan. Saya akan meneruskan kempen ini selagi ada daya.




: PR has achieved what BN never did achieve - the unification of all races under one umbrella- the umbrella of Malaysia. Never before had Malays, Indians and Chinese help each other, sit side by side and fight together like brothers and sisters, like a big family, all in the name of justice, all for beloved Malaysia. Look at the PR gatherings, look at Bersih, how Malays, Chinese, and Indians stood united and helped each other, all for Malaysia.

Never before have we witnessed the Chinese proudly carrying the PAS flag and the Malay proudly carrying the DAP flag.

This is BN's worst nightmare.

Why?

Since we were children, PAS and DAP had always been the bogeyman.

PAS the extremists terrorists. The SE Asia Taliban.

DAP the extremists communists.

BN had always kept the races segregated with MCA, MIC and UMNO, each one fighting for own's race. They were stronger this way. Divide and conquer, a classic strategy. With that division, we are taught to fear them and thank them, the rakyat were kept in the dark most of the time, and kept at bay, docile and under control.

We were taught since that BN is the only thing standing between the Malays and Chinese slaughtering each other, between a second May 13. Every time there is an issue, our beloved UMNO leaders would threaten us with "DO YOU WANT ANOTHER MAY 13???"

Then came our Dark Knight, Anwar Ibrahim.

This man, together with PAS and DAP, the Pakatan Rakyat, did the unthinkable, they united us, all of us. When the government saw our unity, they were afraid, they were very afraid, as with the unity of the people, the rakyat becomes stronger than the government, and the government trembles in fear, the way governments should be, afraid of the rakyat.

This is why they are blowing the poison of racism amongst us. This is why their media arms, their propaganda machine spew racism poisons into the veins of the community today oh so actively.

They want to divide us, they want to keep us segregated, all for the sake of wealth, power and control. So that we remain stuck in our race cocoons, and they remain on top.

Do not be fooled. None of these people care about races. They only care about money, wealth and power. Race is but a tool for them to achieve these things. With racial segregation, it would be easy to rule us.

UMNO control the Malays, play up Malay issues.

MCA control the Chinese, play up Chinese issues.

MIC control the Indians, play up Indian issues.

As how it has always been.

Do not let them succeed fellow Malaysians, brothers and sisters.

Stay united, do not get divided! Let them fear the rakyat, as how it should be, not the other way round!

SAY NO TO RACISM!

STAY TOGETHER AS MALAYSIANS!

sharing


Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Kredit kepada
Mohd Ihsan Fadhli Che Min
Warganegara Islam
Kawan-kawan, apa pandangan kamu bagi 'Sapu Malaysia' punya PM?





admin terhebat


Sebenarnya sya dah malas nak update status politik agik.. tapi rasa saya perlu gak menepis sedikit sebanyak pesepsi yang mengatakkan bahawa kaum Cina telah menghilangkan kuasa orang Melayu dalam politik Malaysia.

Kalau DAP tu dikatakan sebagai Parti Cina... tahu tak anda bahawa DAP menang lebih banyak kerusi itu kerana menentang Cina sendiri MCA yg mana 100% Parti Cina. Hanya satu Kerusi DAP menang menentang UMNO iaitu Gelang Patah. Tapi Gelang Patah itu dulu memang kerusi MCA yg mana Ghani Othman hanya kambeng hitam yg diletakkan melawan LKS utk membunuh karier politik dan pengaruh EX-MB Johor itu sendiri dan dijadikan point utk melihat Cina menentang Melayu. ( in purpose )

Jadi kenapa nak mainkan ISU KAUM CINA semakin kuat mengikis pengaruh Melayu? Mungkin tak ada pun kerusi Melayu jatuh ke tangan DAP!! DAP kuat sebab berjaya merampas kerusi dari MCA!... kena ingat BN tu bukan PARTI MELAYU, kalah BN kat tangan DAP bukan bermakna kalah Melayu kat tangan Cina.. that's fact!

Jadi hentikanlah menyemarakan api perkauman kat Malaysia.. mana yang dah menang tu jalankkan tugas yg di amanahkan... sya pasti sesiapa pun yang memerintah Malaysia ini akan menjadikan Malaysia yg lebih baik lagik.

ps : cukup dah status politik kt fbook aku.. kita teruskan hidup dan majukan diri sendiri dulu ok!! takmoh main kaum-kaum... syukur jer kita boleh hidup secara harmoni kat Msia nie, by fact pun sudah tentulah kaum memasing akan sentiasa membantu kaum mereka juga.


Tsunami Cina: Najib tidak bertanggungjawab guna istilah perkauman

Oleh: Mohd Arif Juhani

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan istilah 'Tsunami Cina' diselar sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan sentimen politik perkauman, kata Tamrin Tun Ghafar.

Sebaliknya kata Tamrin, Najib dan para pemimpin Umno BN sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan bukan mengeluarkan kenyataan kesat yang menganggap masyarakat Cina tidak tahu membalas budi.

"Umno BN mesti faham, majoriti pengundi Cina menolak mereka bukan kerana membenci Melayu, tetapi mereka benci penyelewengan kuasa, rasuah, amalan nepotisme yang mengayakan kroni sahaja.

"Tetapi faktor ini gagal dihayati oleh Umno BN malah mereka terus meniup api perkauman dan menunjukkan perasaan benci yang tebal terhadap pengundi Cina seperti yang berlaku dalam kempen pilihanraya lalu," ujarnya pada kenyataan.

Tamrin berkata, istilah perkauman Najib itu juga menunjukkan bahawa konsep 1 Malaysia yang dilaungkan hanya retorik semata-mata tanpa menghormati perasaan pengundi Cina yang juga pernah membantu kemenangan Umno BN dalam PRU yang sebelumnya.

"Kalau Umno BN gagal hormat kepada masyarakat Cina, bagaimana mereka mahu laksanakan 'Perdamaian Kebangsaan' terutama apabila MCA mengambil keputusan menolak sebarang jawatan Exco dan kabinet ekoran kekalahan teruk mereka.

"Cukuplah, Umno BN mesti berfikir matang dan bertindak secara siuman kerana masyarakat Cina masih tahu mengenang jasa dan budi," katanya.


PROF. DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOF : Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.
Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dll--yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat. Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.
Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.
Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.
eza pandangan dengan kenyataan di atas.
Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dll--yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat. Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.
Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.
Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.





soal racist ini akan jadi rumit jika dijelaskan oleh bangsa cina sendiri.
Terima Kasih kerana bersuara untuk kita,Malaysia!

我們盡力了。十分抱歉
Kita dan cuba sedaya uaya...maaf


边佳兰同胞们,对不起
关丹的同胞们,对不起
劳勿的同胞们,对不起

这一次大选,我们阻止不了那些公害事业,但我们还会不断的反抗下去,保卫家园,誓不罢休。

Berhati-hati semasa cakap, share mahupun online atau di luar.

紧急呼吁!!国旗不能【倒】!
请大家理智控制情绪!
虽然这次大选不满国阵肮脏手段带来的成绩!但千万不要一窝蜂的将国旗【倒反】来表达不满的情绪!
这样做只能召来【反国罪名】!!
由于事态严重!一群学子及网民目前将国旗【倒反】已经引起不利的回应!请大家马上广传并呼吁所有人将【倒旗】图片删掉!!
谨记!我们是爱国者!爱和平!爱各族!爱干净的爱国者!



I am sure at one point or another, one of you have been harassed by a cybertrooper. So, here I am, giving a simple recipe to counter them.

Basically, let them starve. Do not acknowledge their existence. Do not respond to them in any way. Let them cook in their own devise. STARVE! *grumpy cat expression*
I am sure at one point or another, one of you have been harassed by a cybertrooper. So, here I am, giving a simple recipe to counter them.

Basically, let them starve. Do not acknowledge their existence. Do not respond to them in any way. Let them cook in their own devise. STARVE! *grumpy cat expression*



朋友打来,问会否重演513事件。
我觉得绝对不会。你最好也不要那么想。
但是污桶的筹码不多。就像马华筹码不多,一直都只会说回教国。污桶也一样。筹码不多了。国债那么高,贪污太厉害。他最后只能搞种族主义,在尝试让马来人和华人对立的情况下争取马来人支持回流。一些爪牙已经开始在网上骂华人。有些骂得很难听。
别管他们。互相谩骂没有帮助。把他们当小孩子。他们是被煽动的一群。你被他们煽动,你就是被煽动的另外一群。

能的话,从今天开始,在街上看见马来人,学着向马来同胞微笑。
人与人之间关系很简单。不管他是不是种族主义者,你若跟他微笑,会带给他一个微弱的影响。十个人跟他微笑,他可能就硬不起来。五十个人跟他微笑,他会开始混淆之前对他洗脑的人的话是否能听。
然后,当最恐怖的一刻到来,比如说某恶势力召集要对付华人,响应号召的人就会少。

还记得308过后,十七区附近某间教堂被丢汽油弹吗?那很可能是政治事件。企图挑衅。但事件过后,回教徒竟然到那间教堂门外守夜
我们现在要做的事情就跟那批守夜的回教徒一样。

记住,污桶的筹码不多了。
记住他最后会用什么筹码。
历史可能会重演,但这次我们给他一个不一样的结局,给阴谋家一个痛击。

最好的方法,是反其道而行之。

从今天开始,试着向遇到的每一个马来同胞微笑吧。

不要再沉醉在选举舞弊的悲伤之中了。让我们进入第二阶段,继续斗争下去。
要正面!!





非常时期,未经证实的消息满网飞,不要疯传!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...